fbpx

EPL: Liverpool sepatutnya mampu menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD menyelamatkan maruah Liverpool apabila meledak gol penyamaan ketika diikat Villa awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Liverpool sekadar berjaya menambah kelebihan satu mata untuk mengumpul lapan mata keseluruhan di puncak Liga Perdana Inggeris selepas terikat 2-2 ketika menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi semalam.

Berbaki 12 lagi perlawanan musim ini, pengendali Liverpool, Arne Slot tidak dapat menyembunyikan kekecewaan tersebut apabila mengharapkan mereka berjaya mendapatkan mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan.

Kemenangan pada perlawanan tersebut sangat diperlukan oleh The Reds untuk membolehkan mereka memiliki kelebihan 10 mata ketika pencabar utama, Arsenal kekurangan satu perlawanan ketika ini selain ia merupakan perlawanan kedua daripada tiga aksi terakhir mereka gagal mengutip mata penuh.

“Secara jujurnya, saya tidak begitu gembira. Jika anda melihat semula perlawanan ini, kami mencipta banyak peluang. Kami telah melakukan segala-galanya untuk meraih keputusan yang lebih baik, malah kami sebenarnya layak untuk menang,” katanya.

Liverpool membuka tirai jaringan menerusi Mohamed Salah sebelum Villa mendahului menerusi Youri Tielemans dan Ollie Watkins, namun Trent Alexander-Arnold muncul penyelamat dengan gol penyamaan.

Skuad kendalian Slot berjaya melakukan 17 percubaan ke arah gawang Villa, namun paling peluang terbaik yang gagal disudahkan adalah menerusi Darwin Nunez.

“Selepas wisel penamat, Villa sebenarnya adalah pemenangan. Jika anda melihat kepada deretan peluang, saya tidak gembira dengan 2-2. Beraksi di sini bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka menerima sokongan peminat yang hebat.

“Menjadi pemain Liverpool sentiasa sukar, sama jika anda pemain Arsenal. Kami bersaing untuk meraih sesuatu musim ini dan memiliki ramuan terbaik. Masih ada 12 perlawanan dan kami gembira untuk berada di tempat ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI