SINGAPURA – Dua ekor babi hutan dilihat berkeliaran di sebuah padang golf di Punggol, Singapura pada waktu malam, lapor portal berita MSNews hari ini.
Dalam satu rakaman video yang dikongsi di media sosial, sepasang anak babi hutan dilihat melintasi padang golf, membuatkan pemain golf berasa terhibur.
Babi hutan itu berkeliaran selepas masuk melalui lubang yang terdapat pada pagar padang golf itu.
Seorang lelaki yang merakam video itu dan dikenali sebagai Chua berkata, babi hutan itu memasuki padang golf kira-kira pukul 8.30 malam semalam.
Perunding teknologi maklumat berusia 38 tahun itu berkata, pada mulanya, dia menyangka kedua-dua haiwan tersebut patung kancil.
Seorang pengguna TikTok bergurau dengan berkata bahawa babi hutan menjadi ‘sasaran’ kerana beberapa pemain golf masih menghayun kayu golf mereka untuk memukul bola walaupun terdapat haiwan di kawasan tersebut. – AGENSI