fbpx

‘Cara kerja berbeza tapi harga saya tetap sama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anna berkata membina nama di Indonesia bukan satu perkara mudah terutama membabitkan perbezaan bahasa.

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui bayarannya masih sama biarpun kini sudah menempa populariti luar biasa di negara jiran, Indonesia.

Menurut Anna atau nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, tiada sebab untuk dia menaikkan harga bayaran di tanah air sendiri.

“Harga saya tetap sama sahaja. Apa yang beza mungkin cara kerja. Tetapi itu pun tak banyak sangat. Kalau ada pun mungkin dari segi bahasa,” katanya pada majlis memperkenalkannya sebagai duta jenama barang kemas, di ibu negara semalam.

Tambah pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu, membina nama di Indonesia bukan satu perkara mudah terutama membabitkan perbezaan bahasa.

“Mula-mula bergelut juga. Tetapi lepas dah tahu cara yang betul, jadi mudah sahaja. Saya cuma perlu bercakap dalam bahasa baku supaya lebih mudah untuk mendapatkan dialek yang tepat.

“Orang Indonesia selalu rasa yang orang Malaysia cakap laju, tetapi saya pula rasa orang Indonesia yang cakap laju. Jadi saya cuba untuk cari rentak yang sesuai dengan cara mereka,” kongsinya.

Anna baru sahaja selesai membintangi sebuah filem terbitan Indonesia bergenre seram thriller di samping pelakon-pelakon handalan seperti Christine Hakim, Luna Maya, Fedil Nuril dan Baim Wong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI