fbpx

CAP desak KKM ambil tindakan tegas jualan gula-gula gummy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAP desak KKM ambil tindakan tegas jualan gula-gula gummy.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap penjualan makanan ringan berbahaya kepada kanak-kanak termasuk gula-gula gummy.

Ia susulan insiden seorang kanak-kanak, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10 tahun, meninggal dunia akibat tercekik gula-gula gummy yang dibeli di luar sekolahnya.

Mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas selepas tersedak ketika mengunyah gula-gula tersebut pada Selasa lalu. Dia berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam semalam.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, pihak berkuasa perlu menghentikan sikap lepas tangan dalam menangani isu makanan ringan yang membahayakan kesihatan kanak-kanak.

”Kanak-kanak tidak tahu mengenai kualiti dan kandungan makanan yang mereka beli. Mereka tertarik dengan warna dan rasa manis sahaja.

“Oleh itu, perlu ada undang-undang ketat terhadap makanan yang dijual kepada kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Subbarow berkata, CAP turut mencadangkan agar semua makanan ringan yang dijual kepada kanak-kanak diwajibkan memiliki logo kelulusan daripada KKM bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Menurut tinjauan CAP, terdapat lebih 200 jenis makanan ringan di pasaran yang mengandungi kandungan gula tinggi serta pewarna yang tidak sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya, CAP juga mendesak pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menjual makanan ringan secara bebas di luar kawasan sekolah.

”Ibu bapa turut dinasihatkan supaya membekalkan makanan sihat kepada anak-anak mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI