fbpx

Budak mandi sungai hilang dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang hilang di Sungai Sejenuk pada Selasa lalu. - Pontianak Post

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki hilang selepas dibaham seekor buaya ketika mandi di sebatang sungai di wilayah Kalimantan Barat, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) di Sungai Sejenuk dalam daerah Batu Ampar pada Selasa lalu.

Ketua Polis Batu Ampar, Ipda Rachmatul Isani Fachri berkata, mangsa bernama Markes Hasibuan, 10, diserang buaya berukuran 4 meter panjang selepas terjun ke dalam sungai. 

“Reptilia itu menggigit tubuh mangsa sebelum menyeretnya ke bawah air. 

“Pada masa ini, pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk tempatan masih meneruskan pencarian. 

“Mohon doakan agar mangsa dapat ditemukan dengan segera,” kata Rachmatul. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI