fbpx

‘Bride to be’, giliran Eyka Farhana bakal jadi pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA Farhana memberi bayangan masa untuknya bergelar pengantin baharu sudah benar-benar hampir apabila mengadakan sebuah majlis khas untuk meraikan hari-hari bujang terakhirnya bersama rakan-rakan terdekat, termasuk Mimi Lana.

PETALING JAYA – Menghitung hari bahagia, pelakon Eyka Farhana mengundang perhatian ramai apabila muncul memakai selempang ‘bride to be’ yang bermaksud bakal pengantin dalam sebuah video yang dimuat naik pengacara, Yaya Zahir semalam.

Tidak keseorangan dalam video tersebut, difahamkan Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, diraikan dalam sebuah parti bujang oleh rakan-rakannya seperti Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Yaya dan Mimi Lana di sebuah restoran mewah.

Eyka yang anggun dalam dres hitam turut menyanyi secara ‘lip sync’ lagu Garam Dan Madu.

“Malam yang seronok meraikan Eyka Farhana,” tulis Yaya dalam ruangan kapsyen.

Video tersebut sekali gus memberi bayangan tarikh hari bahagia Eyka dan tunangnya yang juga pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid bakal berlangsung tidak lama lagi.

Video tersebut seterusnya mengundang tanda tanya ramai selain tidak sabar untuk melihat Eyka sebagai raja sehari.

“Selepas Syafiq Kyle bagi patah hati, sekarang Akhyar Rashid pula.

“Dah nak kahwin Eyka, tak sabar!

“Cantiknya semua, kalau aku sertai mereka, mesti jadi seperti ‘akak cleaner’,” seloroh netizen.

Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan sudah bergelar tunang kepada Akhyar.

Eyka berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.

Difahamkan, mereka susah bertunang pada Ogos tahun lu selepas tertulis tarikh 4 Ogos 2024 di atas kek pertunangan mereka.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI