BANGKOK – Bilangan pesohor media sosial di Thailand mencecah 3 juta orang tahun ini, melonjak berbanding 2 juta pada 2024, lapor portal berita VNExpress semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Media Intelligence Group, Pawat Ruangdejworachai berkata, kebanyakan ‘influencer’ tersebut menjual produk secara online.
Mereka juga mencari pendapatan tambahan dengan membuat iklan atau ulasan berbayar (paid review) bagi sesetengah produk.
“Perbelanjaan untuk pengiklanan online pada 2024 mencecah 88.06 bilion baht (RM11.5 bilion) dan dijangka meningkat 4.5 peratus tahun ini.
“Jumlah perbelanjaan iklan media digital tahun lalu juga melebihi perbelanjaan iklan televisyen,” tambah Ruangdejworachai.
Portal berita The Nation melaporkan, media digital diramal terus berkembang dengan unjuran pertumbuhan 15 peratus dan jangkaan penguasaan pasaran kira-kira 38 bilion baht (RM5 bilion). – AGENSI