fbpx

‘Bila saya jerit, dia lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang tular di media sosial pagi tadi.

PETALING JAYA – ‘Masa tengah solat, ada orang lelaki angkat, lepas tu dia letak kat sebelah luar dan cuba buka seluar’.

Itu antara detik ngeri yang diceritakan semula seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa cabul seorang remaja lelaki ketika sedang solat subuh di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bahawa suspek membawanya ke satu ruang di masjid berkenaan sebelum melalukan perbuatan tidak senonoh.

“Dia angkat (dari tempat solat) bawa ke sini, bila dengar suara saya jerit, dia lari,”ujar kanak-kanak itu dalam keadaan menggigil.

Bagaimanapun, remaja terbabit berjaya ditahan polis pagi tadi selepas video perlakuannya itu tular di media sosial kira-kira pukul 8.19 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, suspek warga tempatan berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jelasnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu di sini untuk permohonan reman, esok.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video televisyen litar tertutup sebuah masjid memaparkan kejadian membabitkan seorang lelaki yang memakai kopiah berwarna putih.

Lelaki tersebut dilihat memasuki ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa yang sedang sujud dari arah belakang dan mengangkatnya keluar.

Semasa kejadian, kanak-kanak itu berada di saf belakang seorang diri menyebabkan tindakan pelaku tidak disedari jemaah wanita lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI