fbpx

Anak GISBH tidak boleh dijadikan kandungan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tidak boleh menjadikan anak-anak GISB Holding (GISBH) sebagai kandungan media antara syarat perlu dipatuhi selepas dilepaskan bon tanpa cagaran.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, perkara itu antara sembilan syarat tambahan dikenakan mengikut Subseksyen 30 (8) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, sekiranya gagal dipatuhi anak-anak GISBH itu boleh diambil semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana dikhuatiri penganiayaan dan sebagainya.

“Subseksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001 memberi kuasa kepada mahkamah bagi mengenakan sebarang syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Seramai 185 kanak-kanak telah diserahkan kepada keluarga dengan bon beserta syarat oleh pihak Mahkamah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini,” katanya bagi menjawab soalan Lim Yi Wei (PH – Kampung Tunku) berkaitan isu-isu melibatkan GISBH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI