fbpx

Amerika wajibkan ibu wanita, bapa lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail ibu bapa menghadiri majlis tamat persekolahan sekolah anak mereka di New York. - Foto AFP

WASHINGTON – Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr mengumumkan panduan baharu yang mendefinisikan  seorang ibu sebagai wanita dan bapa pula ialah lelaki, lapor portal berita RT semalam. 

Pengumuman itu sebagai sebahagian daripada dasar Washington selepas Presiden Donald Trump hanya  mengiktiraf dua jantina tersebut.

Sejak memegang jawatan, Trump mengeluarkan beberapa perintah berkaitan jantina yang mengesahkan dasar kerajaan AS mengiktiraf hanya dua jantina.

Beliau  mengarahkan Jabatan Kesihatan (HHS) untuk memberikan panduan yang jelas dalam masa 30 hari tentang cara mentafsir definisi itu.

Panduan  oleh HHS kelmarin mentakrifkan jantina  sebagai klasifikasi biologi yang tidak berubah dan menetapkan individu sebagai lelaki atau perempuan. 

“Pentadbiran ini memulihkan kebenaran biologi,” kata Kennedy Jr.  

“Dasar pentadbiran terdahulu yang cuba ‘menstruktur’ semula ideologi gender ke dalam setiap aspek kehidupan awam telah berakhir,” hujahnya. –AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI