fbpx

Along Kubur disambung reman 4 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang dikenali sebagai Along Kubur (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang untuk mendapatkan perintah sembung reman, hari ini.

KLUANG – Pemandu kereta kuning Honda Prelude yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga video insiden tular di media sosial Jumaat lalu disambung reman empat hari lagi.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikenali sebagai Along Kubur itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret di sini bermula esok hingga 25 Februari depan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dengan memandu kereta sejauh lima kilometer semasa dikejar polis dan berjaya ditahan di kawasan hadapan lampu isyarat Kluang Mall, disini.

Katanya, tangkapan dibuat susulan suspek memandu kereta dalam keadaan mencurigakan dan gagal memberikan kerjasama ketika hendak diperiksa oleh pegawai polis cawangan peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

Semakan mendapati, suspek mempunyai 15 rekod jenayah dan narkotik manakala saringan ujian air kencing menunjukkan, suspek positif Methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI