fbpx

‘Yang beri bunga itu ‘bestie’, bukan boyfriend’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B menafikan dakwaan sudah mempunyai kekasih sebaliknya menjelaskan jejaka yang menghadiahkan bunga hanyalah sahabat karib.

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Cik B menafikan dakwaan dirinya kini hangat bercinta dengan seorang jejaka.

Menjawab spekulasi ramai sejak berkongsi gambarnya menerima sejambak bunga mawar, kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlyn Samileen Muhammad Amin, 20, berkata, jejaka tersebut merupakan sahabat baiknya.

“Bunga tersebut adalah hadiah daripada ‘bestie’ (kawan baik) saya, bukannya ‘boyfriend’ (teman lelaki). Mungkin kerana saya ni special sikit, sebab itulah dapat bunga.

Mama pun kenal dengan kawan saya,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, di sini, semalam.

Cik B yang ditemani jejaka itu ke majlis anugerah tersebut turut memperkenalkannya kepada media namun meminta wajah jejaka berkenaan tidak dirakam.

“Kalau nak tahu siapa dia saya boleh tunjuk. Dia ada di sini tetapi tak boleh rakam,” ujarnya.

Cik B merupakan salah seorang penerima Anugerah Ibu Zain 2025 bagi ketegori Wanita Muda.

Ditanya tentang perasaanya menerima pengiktirafan itu, Cik B dia mengakui sangat terharu dan tidak menyangka terpilih sebagai penerima anugerah tersebut di samping wanita-wanita hebat lain termasuk Datuk Nicol Ann David, Datuk Pandelela Rinong, Noor Neelofa dan Marsha Milan.

“Sejujurnya saya tak sangka dalam ramai wanita muda di luar sana, saya yang terpilih untuk menerima anugerah ini. Macam-macam perasan saya rasa ketika ini. Gementar, gemuruh semua ada.

“Terima kasih kepada barisan juri kerana memilih saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada penyokong-penyokong saya. Paling utama terima kasih kepada mama.

“Kalau tanya apa yang membuatkan saya terpilih menerima pengiktirafan ini, saya sendiri tak boleh nak jawab. Ini semua perancangan Allah SWT,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI