fbpx

Warga emas rentung, dua cucu maut rumah dua tingkat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kebakran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Lazenda Villa 2 Kerupang tengah malam tadi.

LABUAN – Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Lazenda Villa 2 Kerupang tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam itu, dua kanak-kanak turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di lokasi kebakaran.

Mangsa rentung, Morris Chong Hoon Cheung, 65, ditemui di bahagian dapur manakala dua cucu mangsa iaitu Shahwin Kind Chong Shahmioon, 11, dan adik perempuannya, Shayviann Kyrona Ruby, 8, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terhidu asap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kebakaran terbabit pada pukul 12.27 tengah malam sebelum dua pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan BBP Layangan digerakkan ke lokasi kebakaran.

“Terdapat lima mangsa terperangkap di dalam rumah berkenaan terdiri daripada empat kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.

“Semua kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan sebelum diberikan rawatan awal.

“Bagaimanapun, dua daripada kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala dua lagi cedera masing-masing berusia 13 dan 12 tahun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI