fbpx

Warga emas memancing udang dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN sekitar jeti yang mana mangsa dikhuatiri jatuh ke dalam Sungai Rompin di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Rompin di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Saari Awang, 67, yang memancing seorang diri terjatuh ke dalam sungai ketika sampai ke jeti Kampung Menchali di sini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.07 pagi dan bergegas ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian.

“Pasukan bomba memulakan operasi dengan membuat pencarian di sekitar sungai dan permukaan menggunakan bantuan bot orang kampung.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) hadir di lokasi bagi membantu operasi pencarian mangsa,” katanya hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 3 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI