PETALING JAYA – Orang ramai gempar dengan kehadiran seekor buaya ‘bersantai’ di sungai berdekatan sebuah pusat beli-belah di ibu negara hari ini.
Video kehadiran reptilia itu dikongsikan orang ramai di media sosial, malah beberapa anggota dan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi.
Selain itu, ramai yang beratur melihat kehadiran buaya tersebut kerana difahamkan, kejadian itu jarang berlaku di situ.
Menerusi ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai maklum balas selain berjenaka mengenai kehadiran reptilia tersebut.
“Patutlah ramai orang di jambatan tadi. Ingatkan tak pernah nampak biawak,” kata pengguna X, Anuar Aziz.
“Buaya pun dah terlepas sampai dalam bandar,” kata qstina.mandarin.
“Nak beli-belah rayalah tu, awal tak kalut,” kata azfar ibu mansor.
“Popular juga buaya ni. Ramai tengok tadi, ingatkan jumpa mayat ke apa,” komen mhd.4hnaf. – KOSMO! ONLINE