fbpx

‘Usaha nak dapat anak sudah seperti komitmen kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZABETH Tan mengakui lebih menghargai masa bersama suami setiap kali bertemu sejak mereka menjalani hubungan PJJ sejak awal awal tahun ini.

SHAH ALAM – Tidak putus asa sebaliknya akur dengan tuntutan kerja suaminya, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan tetap berusaha mendapatkan cahaya mata sulung meski terpaksa menjalani hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suaminya, Dr. Siew Jim Ding ketika ini.

Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, dia dan suami kini berulang-alik setiap bulan selepas Siew ditempatkan sebagai doktor pelatih di Hospital Tapah, Perak sejak Januari lalu.

“Ketika ini suami saya bekerja di Tapah, jadi kami jalani hubungan jarak jauh. Bukan senang kami usaha nak dapatkan anak tetapi tiba-tiba sahaja kena jarak jauh.

“Dia baru mula kerja di sana pada Januari lalu jadi kena tunggu dua tahun lagi untuk kembali tinggal sebumbung.

“Jadi, dalam tempoh sebulan, akan ada seminggu dia akan balik ke Kuala Lumpur atau saya ke sana,” kata pemilik nama sebenar Tan Su Mei itu kepada Kosmo! Online ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di sini, semalam.

Baginya, perancangan untuk memiliki cahaya mata ketika ini seolah-olah menjadi seperti komitmen kerja kerana terikat dengan PJJ tersebut

“Situasi ini jadi tidak romantik lagi, sudah seperti bekerja dan usaha dapatkan anak itu bertukar jadi komitmen.

“Cuma plan untuk anak itu agak sukarlah sebab tidak tinggal dalam satu negeri,” katanya lagi.

Pelantun lagu Semua Sudah itu bagaimanapun berpendapat hubungan jarak jauh itu turut mengajar dia dan suami lebih menghargai perkahwinan mereka.

“Kami berdua menikmati jarak ini kerana ada ruang untuk rindu. Sebelum ini jumpa setiap hari dan rasa saling menghargai momen bersama itu agak kurang.

“Tapi sekarang lain, setiap kali kami berjumpa, memang lebih hargai detik bersama,” ujarnya.

Penyanyi lagu Semua Sudah itu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali ketika usia kandungan mencecah tujuh minggu.

Sehingga kini, dia masih belum berputus asa untuk memiliki cahaya mata. Elizabeth mendirikan rumah tangga bersama Siew, 34 pada 21 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI