fbpx

Tiada kejadian pesawat Air Asia tergelincir di LTAK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular menunjukkan sebuah pesawat Air Asia tergelincir di LTAK dan telah disahkan tiada kejadian seumpama itu berlaku.

KUCHING – Berita tular memaparkan sebuah pesawat Air Asia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di Facebook didapati tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, perkara itu disahkan Pengurus Besar Malaysia Airport Berhad (MAB) Kuching hari ini.

“Pada pukul 3.09 petang hari ini, tular di Facebook berkenaan berita pesawat Air Asia tergelincir di LTAK.

“Pada pukul 3.12 petang, saya berhubung dengan Pengurus Besar MAB Kuching dan mendapat pengesahan bahawa tiada sebarang pesawat tergelincir di LTAK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI