fbpx

Telur ayam di LPT 2 tidak selamat dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengutip sebahagian telur ayam yang tercampak dari lori terlibat dalam kemalangan di KM 293.8, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Chukai, Kemaman.

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dinasihatkan agar tidak memakan telur ayam yang dikutip setelah bertaburan akibat kemalangan di Kilometer 293.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kemaman semalam kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria berbahaya.

Pensyarah Biokimia dan Biofizik Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Mohd. Zainol berkata, telur ayam terbabit terutama yang sudah retak dan pecah berisiko tercemar dengan pelbagai bakteria seperti Salmonella, Escherichia Coli (E.Coli) , Listeria monocytogenes, Clostridium Perfringens dan Staphylococcus Aureus.

“Telur-telur ayam tersebut telah terdedah dengan risiko pencemaran persekitarannya.

“Bakteria terbabit boleh menyelinap masuk melalui retakan pada bahagian cangkerang telur (ayam) itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau mengulas orang ramai berebut mengutip 78,000 biji telur ayam yang tercampak selepas lori membawanya terlibat dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman di sini pada pukul 5.30 pagi, semalam.

Mohamad Khairi berkata, bakteria boleh mencemari telur ayam yang terdedah dengan tanah dan serpihan jalan tar kerana ciri-cirinya yang hidup subur dalam persekitaran lembap.

Beliau berkata, bakteria Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit, demam dan kekejangan perut.

“E. Coli pula boleh mencemari telur yang terkena kotoran, najis atau bahan cemar alam sekitar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI