fbpx

Sultan Nazrin terkejut isu khutbah – MAIPk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar (kiri) memoting reben Smart TV yang diserahkan UDA Holding Bhd. kepada Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – “Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terkejut apabila dimaklumkan dengan isu khutbah yang berlaku baru-baru ini.”

Perkara itu diakui Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, para pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diminta baginda untuk menyiasat perkara berkenaan dan pelbagai alasan telah diberi imam yang enggan membacakan teks khutbah disediakan.

“Ada (imam) yang menyatakan teks khutbah yang dicetak terlalu kecil dan dia tak boleh membacanya. Sebab itu dia ambil teks khutbah dari Pulau Pinang kerana tulisannya besar.

“Bagaimanapun, sewaktu khutbah kedua dia masih mendoakan Sultan Perak, tak timbul pula (isu tulisan teks kecil). Jadi bagaimana dia boleh memberi alasan putar belit, saya tak tahulah daripada segi integritinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Annuar berkata, seorang lagi imam memberi alasan dia gagal mencetak teks khutbah berkenaan, sekali gus menyebabkannya tidak dapat membacanya.

“Jadi macam-macam alasan diberikan kerana tidak mahu baca kerana khutbah itu mereka rasa seolah-olah ditujukan kepada pemimpin politik mereka.

“Sebaliknya, jika bab fitnah (kandungan khutbah) itu melibatkan orang yang mereka tak suka dari segi politik, mereka akan baca. Pada saya integriti mereka sebagai seorang imam yang ditauliahkan oleh Sultan Perak sudah tidak ada,” katanya.

Mohd. Annuar berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan agar suatu tindakan yang adil dapat diambil terhadap kesemua imam yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Media sebelum ini melaporkan empat orang imam di negeri ini digantung tugas ekoran enggan membacakan teks khutbah pada 31 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI