fbpx

Sasaran dana Wakaf Mara Madani RM1 bilion mampu dicapai – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sasaran RM1 bilion kutipan dana Wakaf Mara Madani pada tahun hadapan mampu dicapai dengan komitmen semua pihak termasuk daripada alumni dibawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ini kerana kata Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki jumlah alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) lebih 220,000 orang, manakala mereka yang mendapat tajaan mara pula tidak kurang daripada 150,000 orang.

Jelasnya, jumlah itu tidak termasuk alumni dari institusi lain termasuk Institusi Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Mara serta alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dahulunya juga di bawah agensi itu.

“Kebanyakan daripada alumni-alumni itu sudah pun menjadi orang-orang yang berjaya. Jadi hasratnya adalah supaya mereka juga boleh memberikan sumbangan kepada kelestarian institusi Mara untuk membantu agenda Melayu dan Bumiputera.

“Bantuan daripada alumni ini juga bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi tenaga serta masa,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Media Bersama Pengerusi Mara.

Justeru, Asyraf berharap agar alumni Mara untuk sama-sama menyumbang kepada dana Wakaf Mara Madani yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mac depan.

Sempena pelancaran itu juga, pihaknya turut menyasarkan alumni Mara dapat menyumbang sebanyak RM50 juta sebagai permulaan.

Tambah beliau, dengan adanya dana wakaf itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung kos penyelenggaraan MRSM yang mencecah RM100 juta setahun.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu bersetuju menubuhkan dana bagi Wakaf Mara Madani dalam usaha memastikan keterjaminan pendidikan, kebajikan, kesihatan dan keusahawanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyediakan geran peluncuran sebanyak RM100 juta dengan sasaran dana terkumpul minimum RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI