fbpx

Russell tak minat ubah gaya pemanduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL lebih berminat memberikan fokusnya menghadapi saingan musim baharu F1. - AFP

LONDON – Pemandu Mercedes, George Russell tidak akan mengubah gaya pemanduannya musim ini biarpun berdepan isu ketegangan dengan juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen tahun lalu.

Russell mengakui dia masih belum bercakap dengan pemandu Red Bull itu sejak insiden panas di Abu Dhabi pada penghujung musim lalu, namun baginya, isu tersebut sudah berlalu.

Tahun lalu, kedua-dua pemandu tersebut saling berbalas kenyataan disebabkan insiden panas antara mereka di litar dengan Verstappen mendakwa sudah hilang rasa hormat, manakala Russell menuduh seteru utama itu bersikap mengancam dan membuli.

“Saya belum bercakap dengan dia (Verstappen) dan tiada sebarang kebimbangan tentang dirinya atau caranya memandu. Itu cerita tahun lepas dan sekarang saya mahu fokus pada diri sendiri,” kata Russell.

Russell yang kini bergandingan dengan pelumba muda Itali, Andrea Kimi Antonelli yang masuk menggantikan Lewis Hamilton ke Ferrari, juga mendakwa dia tidak akan berkompromi dalam persaingan merebut kejuaraan musim ini.

“Jelas sekali ada perkara yang saya rasa melampaui batas pada penghujung musim lalu. Saya juga sudah nyatakan bahawa saya tidak akan membiarkannya. Sekarang sudah masuk musim 2025 dan saya mahu fokus kepada tugas untuk menang.

“Saya tidak akan mengubah cara saya berlumba sama ada menentang Verstappen atau mana-mana pelumba. Matlamat saya tetap sama dan kita akan lihat apa yang berlaku apabila musim bermula nanti,”jelasnya.

Sementara itu, Verstappen memilih untuk tidak menghangatkan kembali ketegangan tersebut menjelang musim baharu.

“Saya masih menikmati masa saya di luar F1 dan sedang bersedia untuk musim baharu. Jadi tiada apa-apa untuk diperkatakan mengenai isu itu,” ujar Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN