fbpx

Remaja curi 4 tandan pisang demi sara adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja ditangkap selepas mencuri pisang tanduk di Pati, wilayah Jawa Tengah. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Pati, wilayah Jawa Tengah ditahan selepas mencuri empat tandan pisang demi menyara kehidupan adiknya, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan) di daerah Tlogowungu. 

Ketua Polis Tlogowungu, AKP Mujahid berkata, suspek dikenali sebagai APP, 17, ditangkap penduduk tempatan ketika memikul pisang tanduk dengan tongkat kayu. 

“Pisang itu dicuri untuk diberi makan kepada adiknya yang hidup sebatang kara selepas ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. 

“Ibunya menghilangkan diri sejak tujuh tahun lalu, manakala si bapa hilang secara tiba-tiba. Dia terpaksa menyara adiknya seorang diri,” tambah Mujahid. 

Sementera itu, jumlah kerugian pemilik pokok pisang itu bernilai 250,000 rupiah (RM68).

“Suspek telah memohon maaf dan diarah untuk melaporkan diri ke balai polis selama tiga bulan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI