fbpx

Ramai nak masuk MRSM, calon tolak berkurangan – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf ketika berucap pada Majlis Makan Tengah hari bersama Media, hari ini.

KUALA LUMPUR – Trend kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini amat menggalakkan apabila hampir semua tempat yang ditawarkan telah diisi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi berkata, berbanding tahun sebelum ini, hampir 40 peratus pelajar menolak tawaran ke institusi pendidikan di bawah Mara tersebut.

Katanya, tahun ini seramai 104,000 pelajar memohon untuk memasuki MRSM dan 22,400 orang telah lulus ujian Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

“Manakala tempat yang kita tawarkan pula hanya 8,909. Setakat semalam saya tengok setiap MRSM itu sikit sahaja yang tak hadir (mendaftar).

“Umpamanya sewaktu saya pergi ke MRSM Sungai Besar semalam, tak sampai 20 orang pun yang tidak hadir. Maksudnya ramai nak masuk.

“Kalau dulu biasanya bila kita tawarkan 30 hingga 40 peratus itu akan tolak dan kita dapat isi dengan mereka (calon) yang menanti,” katanya pada sidang akhbar semasa Majlis Makan Tengahari Media Bersama Pengerusi Mara di sini hari ini.

Ditanya mengenai kuota bukan bumiputera ke MRSM, beliau berkata, kuota 10 peratus yang diperuntukkan itu tidak pernah dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, penyertaan bukan bumiputera ke institusi berkenaan tidak mencapai kuota tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Jika dilihat trend tiga atau empat tahun lepas, jumlahnya (kemasukan pelajar bukan bumiputera) tidak sampai satu peratus, untuk tahun ini saya belum mendapat laporan kerana pendaftarannya baharu sahaja bermula semalam.

“Bagi saya, kita mengalu-alukan (pelajar bukan bumiputera ke MRSM) sebab kita tak pernah memansuhkan kota tersebut. Kita masih mengekalkannya kerana ada baiknya juga untuk proses interaksi dan integrasi itu berlaku dengan mereka (bukan bumiputera),”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI