TORONTO, KANADA – Bilangan penumpang yang cedera meningkat kepada 8 orang selepas sebuah pesawat penumpang terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan terbang Kanada, lapor portal berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson pada 17 Februari lalu.
Pengurusan lapangan terbang berkata, nahas itu melibatkan pesawat Delta Airlines yang tiba dari Minneapolis di Amerika Syarikat.
“Penerbangan itu membawa 80 penumpang.
“Seorang penumpang parah, manakala yang lain mengalami cedera ringan hingga sederhana,” kata seorang jurucakap lapangan terbang berkenaan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, susulan nahas itu, penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang digantung untuk sementara waktu.
“Nahas ini masih dalam siasatan,” tambahnya. – AGENSI