fbpx

Pesawat bertembung di ruang udara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan pesawat yang hangus dijilat api di Marana, Arizona semalam. - ABC 7 Chicago

PHOENIX, ARIZONA – Sekurang-kurangnya dua orang maut selepas dua pesawat bertembung di ruang udara sebuah lapangan terbang negeri Arizona, lapor akhbar The Sun UK. 

Nahas berlaku di Lapangan Terbang Marana, utara Tuscan semalam.

Imej yang dikongsi di media sosial menunjukkan serpihan sebuah pesawat yang hangus dijilat api selepas bertembung dengan kapal terbang lain. 

Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima laporan sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan). 

Pihak berkuasa berkata, nahas melibatkan pesawat Cessna 172S dan Lancair 360 MK 11. 

“Dua penumpang berada di setiap pesawat semasa kejadian. Salah satu pesawat dilaporkan masih utuh,” demikian menurut media tempatan. 

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. 

Kemalangan itu menandakan nahas ke-7 dalam tempoh tiga minggu susulan pelanggaran pesawat di Washington D.C yang mengorbankan 67 orang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI