fbpx

Penjawat awam jadi ‘bos’ jual syabu, heroin diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis memeriksa salah seorang suspek dan menemui bungkusan mengandungi dadah dalam serbuan di sebuah hotel di Muar, semalam.

MUAR – Seorang penjawat awam yang disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah diberkas bersama tiga lelaki di sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan pada pukul 5 pagi itu, suspek yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara Indonesia.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui satu bungkusan plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin seberat 466 gram.

“Selain itu turut dijumpai empat paket plastik lut sinar mengandungi syabu seberat 3.4 kilogram (kg) dan nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM152,870.

“Sebuah motosikal Yamaha Y150ZR dan kereta Proton Wira warna hitam yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pengedaran dadah disita,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Kesemua suspek kini direman sehingga 25 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi warga asing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI