fbpx

Pelajar maut dilanggar lori lepas turun bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR MYESHA maut dilanggar lori ketika melintas jalan selepas turun dari bas sejurus pulang dari sekolah dalam kejadian di Jalan Kampng Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian, malam semalam.

PONTIAN – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu menemui ajal selepas dilanggar lori ketika melintas jalan selepas turun dari bas sekolah dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mangsa, Nur Myesha Aleena Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa yang pulang dari sekolah turun bas sebelum melintas jalan berkenaan.

“Bas sekolah berkenaan berhenti di bahu kiri jalan dan mangsa turun bas berjalan kaki melintas jalan dan pada masa yang sama datang sebuah lori jenis Hino dari arah sama.

“Pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar pelajar terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nur Myesha merupakan pelajar baharu tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd. Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Mohammad Shofee berkata, pemandu lori yang berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI