fbpx

Jumpai pistol revolver di belakang medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja pembersihan menemui sepucuk pistol di kawasan belakang medan selera Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki tempatan itu menjumpai senjata api tersebut ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan berdekatan.

“Kita menerima panggilan pada pukul 10.15 pagi. Pegawai penyiasat dan anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah negeri menjalankan siasatan di lokasi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pistol revolver itu sudah berkarat dan tidak berfungsi.

“Suspek masih belum dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI