fbpx

Padah tunjuk samseng, marah polis depan balai 4 lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki memarahi seseorang anggota polis di pekarangan IPD Kulai, Johor, kelmarin.

KULAI – Tindakan seorang lelaki menunjukkan sikap samseng dengan memarahi seorang anggota polis di hadapan pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini membawa padah apabila dia ditahan bersama tiga rakannya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pengadu, iaitu anggota polis terbabit pada pukul 4.40 petang, kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, empat lelaki berusia antara 17 hingga 23 tahun telah ditahan pada pukul 5.20 petang hingga 7.40 malam, hari sama.

“Polis turut merampas beberapa peranti untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seng Lee memberitahu, kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya,kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan seorang lelaki sedang memarahi seorang anggota polis di pekarangan IPD Kulai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI