fbpx

Negara Pasifik jual kerakyatan lebih RM622,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 2001 menunjukkan negara Republik Naury di Lautan Pasifik. – AFP 

YAREN – Negara kepulauan Pasifik, Nauru menawarkan kewarganegaraan pada harga sekurang-kurangnya AS$140,500 (RM622,472) dengan menawarkan pemenang pasport kemasukan bebas visa ke beberapa rantau seperti Singapura, Hong Kong dan United Kingdom, tanpa perlu menetap di Nauru. 

Laman berita VNExpress melaporkan Presiden David Adeang sebagai berkata, penjualan kewarganegaraan itu bagi membiayai kos penempatan semula rakyat Nauru yang berjumlah 10,000 orang susulan ancaman berkaitan perubahan iklim khususnya peningkatan paras laut.

Kerajaan Nauru menjangkakan skim itu dapat menjana pendapatan sekitar AS$5.7 juta (RM25.2 juta) setahun, demikian menurut saluran berita Bloomberg.

Pegawai-pegawai Nauru merancang mengumpulkan dana AS$65 juta (RM288 juta) untuk projek pembangunan seperti membina bandar, ladang dan tempat pekerjaan. Sekitar 90 peratus penduduk tempatan perlu dipindahkan di bawah pelan itu.

“Ketika dunia berdebat tentang tindakan iklim, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menjamin masa depan negara ini,” Adeang dipetik berkata oleh Bloomberg seperti laporan VNExpress hari ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI