fbpx

Molla didakwa tikam mati lelaki Nepal dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOLLA ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Lelaki warga Bangladesh dituduh membunuh rakan sekerjanya mengguna pisau minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Molla Abdul Aziz, 25, sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, pekerja kilang itu didakwa membunuh warga Nepal, Mochi Satindar, 30, di asrama pekerja Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading Fasa 2, antara pukul 11.30 malam 9 Februari hingga 12.30 tengah malam, 10 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh baru memandangkan belum menerima beberapa dokumen penting.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 April ini untuk sebutan laporan kimia, laporan forensik dan laporan bedah siasat serta kehadian jurubahasa Bangladesh.

Terdahulu, dalam kejadian pada 9 Februari lalu, seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun ditemui mati akibat ditikam oleh rakan sekerja di asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Sri Gading, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN