fbpx

‘Mak masuk wad, tak boleh minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh Imran Bard tidak menyangka video parodi menyebut nama Ellie Suriaty menjadi isu besar sehingga aktres itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Selain telah membuat laporan polis, Ellie dalam sidang media petang tadi turut menuntut ibu bapa Imran memohon atas tindakan pempengaruh itu.

“Hai, saya berada di kampung di Keluang, Johor. Tiba- tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapa Imran Bard minta maaf.

“Saya tidak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada makcik Ellie Suriaty jangan fikir macam itu. Saya bukan sebut nama makcik saja, saya ada sebut nama makcik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis veteran yang saya minati.

“Saya masukkan dalam konten. Bukan konten sensitif pun, berlakon menjadi juri sahaja,” kata Imran dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi TikTok sebagai balasan terhadap tuntutan Ellie.

Bahkan, permintaan Ellie yang menuntut orang tuanya membuat permohonan maaf juga tidak dapat ditunaikan kerana menurut Imran, ibunya kini berada di hospital.

“Lepas itu hendak melibatkan mak bapak saya. Maaf lah, mak saya dalam wad tengah masuk air. Jadi, dia tidak boleh nak minta maaf sebab banyak wayar dekat katil.

“Jadi, saya nak kena buat apa ya, minta maaf makcik,” ujar Imran.

Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua video parodi di aplikasi TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.

Untuk info, sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi.

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, Ellie memberi tempoh selama tujuh hari kepada Imran untuk memenuhi tuntutannya sebelum membawa perkara ini ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI