fbpx

MAIPk umum kadar zakat fitrah 27 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar (kiri) memoting reben Smart TV yang diserahkan UDA Holding Bhd. kepada Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Pengumuman berhubung kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini di negeri ini akan dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 27 Februari hadapan.

Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, perkara berkaitan kadar zakat fitrah itu perlu disembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terlebih dahulu.

“Kita akan bawa ke mesyuarat MAIPk dan akan sembah bagi perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dahulu.

“Jadi jawapan (berhubung isu kenaikan kadar zakat fitrah) akan diberikan pada 27 Februari nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran tular di media sosial yang memaparkan risalah berkaitan kadar zakat fitrah tahun ini iaitu RM10 berbanding RM8 tahun lalu.

Mohd. Annuar berkata, buat masa ini tidak ada keputusan rasmi berhubung kadar kenaikan zakat fitrah dan ia akan ditentukan pada mesyuarat MAIPk itu nanti.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd. menghadiri Majlis Penyerahan Smart TV oleh syarikat berkenaan kepada Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI