fbpx

Kumpulan FM meterai kerjasama dengan 3 syarikat bagi pematuhan agenda ESG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chew Chong Keat (dua dari kanan) bersalaman dengan Joyce Antar (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian dengan tiga wakil daripada syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA –  FM Global Logistics Holdings Berhad (FM) telah memuktamadkan kerjasama strategik dengan Scania Malaysia Sdn Bhd (Scania), Solarvest Energy Sdn Bhd (Solarvest) dan JAC Motors Malaysia Sdn Bhd (JAC Motors). 

Pemeteraian usaha sama ini juga adalah untuk menunjukkan komitmen Kumpulan mematuhi agenda persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Pengarah Urusan Kumpulan FM, Chew Chong Keat  berkata, melalui kerjasama tersebut, FM telah membeli  20 trak Scania Super yang dilengkapi ciri penjimatan minyak Euro 5 yang bernilai kira-kira RM11 juta.

Kumpulan juga akan memulakan pemasangan sistem solar Solarvest bagi gudang FM pada harga nilai RM1.5 juta serta membeli dua trak elektrik JAC i75 daripada  JAC Motors pada harga RM557,000. 

“Kerjasama yang terjalin antara FM dengan Scania, Solarvest dan JAC Motors telah menggerakkan usaha untuk mencapai sasaran mengurangkan gas rumah hijau (GHG).

“Pelaburan dalam teknologi hijau ini akan membantu Kumpulan khususnya dalam pematuhan standard garis panduan yang ditetapkan pada tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini bersempena majlis penganjuran penyerahan enam trak tersebut, penyerahan surat pelantikan kepada Solarvest dan juga pemeteraian perjanjian dengan JAC Motors di sini.

Menurut Pengarah Urusan bagi Rantau Asia Tenggara Scania, Joyce Antar, trak Scania Super itu menawarkan potensi penjimatan minyak sehingga 80 peratus bagi setiap kenderaan dan untuk proses seterusnya ia dapat mengurangkan pelepasan GHG daripada operasi Kumpulan FM sehingga 719 metrik tan setiap tahun.” 

Selain itu, Pengarah Urusan bagi Rantau Asia Tenggara Scania, Joyce Antar menerangkan, pemilikan trak elektrik oleh JAC Motor akan memulakan usaha syarikat bergerak ke arah penggunaan kenderaan sifar perlepasan berbanding kenderaan berenjin dengan pembakaran bahan api fosil.

“Trak EV sedia ada memiliki teknologi terbaharu dalam bidang tenaga bersih dan ia menawarkan kelajuan pemanduan antara 200 hingga 250 kilometer yang mana ia bersesuaian dengan logistik di bandar. 

Sementara itu, kerjasama FM dengan Solarvest diteruskan melalui kejayaan pentauliahan projek yang sama berkaitan dalam satu gudang tahun lepas.

Usaha terbaharu syarikat yang melibatkan pemasangan sistem PV dengan tambahan 1.0 megawatt bagi gudang kedua dan ketiga FM itu telah menjadikan keseluruhan kapasiti yang dimiliki syarikat adalah sebanyak  1.6 MWp daripada semua fasiliti ini.

Naib Presiden Solarvest, Jack Tan memaklumkan bahawa inisiatif ke arah kelestarian yang diamalkan itu adalah komitmen syarikat terhadap usaha mematuhi penyelesaian tenaga bersih ke hadam dalam sektor logistik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI