fbpx

Kereta seret motosikal 4 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah motosikal yang tersepit di bawah kereta di Hanoi, Vietnam kelmarin. - Long Bien

HANOI – Satu klip video tular di Vietnam memaparkan sebuah motosikal dinaiki tiga sekeluarga diseret sejauh 4 kilometer oleh sebuah kereta sedan di sebatang jalan di Hanoi, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) berdekatan sebuah sekolah menengah di daerah Long Bien kelmarin. 

Polis trafik berkata, kereta itu melanggar sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh di atas jalan. 

“Seorang lelaki dan kanak-kanak berusia 2 tahun cedera tetapi berada dalam keadaan stabil.

“Kereta itu terus dipandu pada kelajuan mencecah 80 kilometer sejam selepas kemalangan sebelum berhenti dekat Times City.

“Keluarga mangsa telah memfailkan laporan polis, manakala pemandu kereta menyerah diri di sebuah balai polis,” kata seorang jurucakap polis trafik. 

Menurutnya, siasatan kes itu sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI