fbpx

Kaut untung pindah 300 gas LPG haram setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhairi (depan) menunjukkan tong gas LPG bersubsidi yang diseleweng sindiket itu. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

SHAH ALAM – Helah satu sindiket memindahkan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke dalam lori ‘bonded’ di premis berlesen sejak setahun lalu terbongkar dalam serbuan di Puchong malam tadi.

Serbuan pada pukul 11 malam oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor itu membawa rampasan 4,000 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 50kg selain 17 lori dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

Turut ditahan 20 pekerja asing yang digajikan sindiket dan seorang pemilik premis,. Mereka yang ditahan berusia 30 hingga 50 tahun.

Pengarah KPDN negeri, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan dilakukan pihaknya hasil maklumat dan risikan selama sebulan berhubung aktiviti penyelewengan LPG.

Katanya, semakan mendapati premis yang menjalankan urus niaga membekal dan mengedar LPG itu merupakan pemborong berlesen.

“Namun, serbuan menemukan beberapa peralatan seperti hos penyambung dan tong berisi ais yang dipercayai digunakan bagi proses decanting atau pemindahan LPG. Biasanya tempoh pemindahan gas bagi setiap tong LPG 14kg subsidi kepada tong 50 kg mengambil masa 45 minit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, kesemua proses bagi aktiviti haram itu dilakukan dalam beberapa buah lori ‘bonded’ diletakkan secara statik di dalam kawasan premis itu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

“Siasatan awal pihaknya mendapati sindiket itu menjual gas berkenaan dengan harga RM190 satu tong kepada industri berbanding RM220 bagi pasaran sebenar. Secara purata sindiket boleh melakukan pemindahan antara 100 hingga 300 tong sehari. ,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI