fbpx

Kanak-kanak tercekik gummy eye ball meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fahmi disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, malam tadi.

GEORGE TOWN – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat tercekik gula-gula gummy eye ball telah meninggal dunia, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsi ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Menurut Siti Farhani, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) menghembus nafas terakhir di sisi ibu bapanya.

“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Kampung Permatang Binjai , Jalan Pekan Darat, Penaga sebaik urusan selesai,” katanya di sini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Binjai pada pukul 11 pagi esok.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mohammad Fahmi dipercayai membeli dua biji gula-gula gummy di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah kebangsaan di Butterworth, Selasa lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa dikatakan tercekik coklat tersebut dan mengalami kesukaran bernafas. Dia sempat berjalan ke arah guru sebelum rebah secara tiba-tiba. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI