fbpx

Jualan Otak-Otak Mr. Noh laris di sebuah ekspo di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu produk popular jualan Otak-Otak Mr.Noh yang terkenal hingga ke pasaran Singapura.

PETALING JAYA – Di sebalik video tular dua selebriti terkenal yang mendakwa sebuah ekspo di Singapura yang tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat di negara jiran itu, ia tidak sekalipun menjejaskan jualan produk makanan yang dipromosikan oleh sebuah syarikat dari Malaysia yang menyertai ekspo berkenaan.

Penyertaan Mr Noh Food Industries (M) Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar  makanan sejuk beku milik bumiputera yang terkenal dengan produk keluarannya yang berjenama Otak-Otak Mr. Noh di ekspo berkenaan cukup berbaloi dengan usaha kumpulannya sehingga mencatat jualan dan hasil yang baik.

Menurut Pengasas syarikat, Mohammad Qashrie Md Noh, ekspo itu dianggap sebagai lubuk rezeki buatnya mempromosi dan menawarkan produk buatan Malaysia kepada pasaran di negara jiran malah telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Orang-orang Singapura memang ‘gerek seh’ apabila mereka borong habis otak-otak Mr.Noh yang dijual. Suah rasa sekali, pasti mereka nak lagi sebab ia terbukti keenakan, kerangupan dan kualiti produk standing harga yang ditawarkan.

“Ini membuktikan, kualiti produk tetap menjadi pilihan no 1 bagi para pelanggan. Itu yang membuatkan sesuatu produk itu laku keras dan orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Otak-Otak Mr.Noh telah mula berada di pasaran tempatan sejak tahun  2022 dan ia mengembangkan pasarannya hingga ke Singapura.

Antara produk keluaran syarikat yang telah mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu adalah  otak-otak, samosa, karipap, popiah, satar, pepes dan keropok lekor.

“Produk Mr.Noh ini bukti bahawa perniagaan bumiputera mampu menembusi pasaran global dan mencipta nama ke peringkat lebih tinggi.

“Kami bercadang untuk mengembangkan perniagaan kepada 1,000 cawangan francais menjelang 2032,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI