fbpx

Jodoh Pompili Rossi, MFL berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pompili Rossi (kiri) telah dilantik menjadi CEO MFL sejak September tahun lalu. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Seperti dijangka, jodoh tokoh korporat dari Itali, Giorgio Pompili Rossi bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak berpanjangan selepas disahkan tidak lagi menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengelola liga tempatan itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MFL sebentar tadi, kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.

“Buat sementara ini, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd,” kata kenyataan tersebut.

Pompili Rossi memulakan kerjayanya pada tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial kelab Serie A dan meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum beliau menyertai LaLiga pada tahun 2017.

Beliau mula bertapak di Malaysia sebagai delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021 dengan memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol dan mempromosikan kelab-kelab Sepanyol di kalangan peminat bola sepak di negara ini.

Selepas itu, Pompili Rossi melebarkan sayapnya sebagai delegasi LaLiga Thailand yang berpangkalan di Bangkok sejak 2021 serta turut menjalankan operasi di Laos, Kemboja dan Myanmar sehingga kini sebelum dilantik selaku CEO MFL pada September lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI