fbpx

Jenayah indeks Selangor turun 12 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

SHAH ALAM – Kadar jenayah indeks di Selangor termasuk daerah Klang mencatatkan penurunan kes sebanyak 12 peratus pada tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penurunan itu antaranya menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah yang telah dipertingkatkan termasuk penyelarasan waktu rondaan motosikal dan kereta peronda trend jenayah di sesebuah kawasan.

“Jadi, langkah yang dilakukan secara sistematik dan mengikut pola kes tersebut menjadi faktor penurunan indeks jenayah terutama pecah rumah serta curi kenderaan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis negeri di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan digesa segera menyiasat kesahihan data Indeks Jenayah Numbeo 2025 yang mendakwa Kuala Lumpur dan Klang di tempat ketiga dan keempat bandar paling berbahaya di Asia Tenggara.

Hussein menegaskan, pihaknya tidak mengetahui kriteria dan kayu pengukur serta responden digunakan dalam kajian berkenaan.

“Saya tidak boleh komen lanjut dan polis mungkin boleh mengemukakan laporan khas berkaitan penurunan kes jenayah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI