fbpx

Hilang semangat lihat anak kritikal depan mata – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Fakhruddin dan isteri sentiasa menantikan perkembangan terkini anak mereka yang dirawat di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – “Saya hilang semangat dan terduduk bila lihat mata anak sudah naik ke atas, bibirnya hitam”. Demikian luahan Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, ketika melihat keadaan anaknya, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10 tahun, yang sesak nafas akibat tercekik gula-gula ‘gummy eye ball’, Selasa lalu,

Mohammad Fakhruddin berkata, anak sulungnya itu berada dalam keadaan ceria sebelum insiden itu berlaku, malah pada pada Selasa lalu Mohamad Fahmi Hafiz pada mulanya enggan menghadiri kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Saya suruh dia (Mohamad Fahmi) telefon isteri saya (Nuraini Mohamad Isa) dahulu yang ketika itu berada di Alor Star kerana ada urusan keluarga.

“Saya okey sebab nampak anak saya letih, saya telefon isteri dan dia pesan kepada Mohamad Fahmi agar pergi ke kelas KAFA sebab sekolah baharu sahaja bermula.

“Anak saya pun setuju untuk pergi ke kelas KAFA dengan syarat beri dia RM3 sebagai duit untuk pergi ke sekolah agama,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohammad Fakhruddin berkata, sekitar pukul 3 petang, dia menerima panggilan daripada ustazah KAFA yang memaklumkan Mohamad Fahmi telah pengsan di sekolah.

“Pasukan penyelamat Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan CPR berulang kali, mereka ada maklumkan pada saya nadi anak saya sudah tidak ada dan mereka cuba sedaya upaya dalam tempoh 10 minit.

“Bila saya dengar mereka kata begitu saya terus lemah semangat, saya terduduk sebab macam tipis harapan anak saya, namun setelah berusaha akhirnya nadinya ada kembali tetapi lemah,” katanya.

Katanya, anaknya segera dibawa ke Hospital Seberang Jaya, namun keadaan semakin kritikal apabila doktor mengesahkan otaknya mengalami pembengkakan dan terdapat saluran darah yang pecah akibat kekurangan oksigen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI