fbpx

Hatrik Mbappe singkirkan Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) memusnahkan impian City apabila meledak hatrik dalam kemenangan 3-1 pada aksi playoff kedua awal pagi tadi. - AFP

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui aksi pasukan cukup sempurna selepas berjaya mara ke pusingan 16 terbaik dengan menyingkirkan Manchester City secara agregat 6-3 pada aksi playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Santiago Bernabeu itu, skuad The Galacticos yang memiliki kelebihan 3-2 hasil kemenangan pada pusingan pertama minggu lalu berjaya meraih gol menerusi jaringan hatrik Kylian Mbappe untuk meraih keputusan 3-1.

Kata Ancelotti, apa yang dipamerkan oleh pasukan cukup lengkap tanpa membuka sebarang ruang untuk skuad The Citizens melakukan kebangkitan pada penghujung perlawanan.

MBAPPE (kiri) meraikan kejayaannya meledak tiga jaringan ke atas City dalam aksi playoff kedua awal pagi tadi. – AFP

“Kami bermain dengan baik dan sempurna terutama dari aspek pertahanan. Taktikal yang saya terapkan agak menjadi dan ini adalah kesinambungan daripada aksi pusingan pertama di Manchester.

“Kualiti yang ada pada pasukan tidak boleh disangkal tetapi pujian wajar diberikan kepada Mbappe kerana dapat menjaringkan hatrik pada aksi yang begitu sukar. Keputusan ini menaikkan semangat kami untuk mempertahankan kejuaraan UCL musim ini,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut berdebar untuk menyaksikan undian pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung malam ini sama ada bertemu seteru setempat, Atletico Madrid atau juara Jerman, Bayer Leverkusen.

“Jujurnya saya tidak kisah menentang kelab mana kerana apa yang penting kami sudah mara ke pusingan 16 terbaik. Atletico dan Leverkusen adalah pesaing utama pasukan dan saya harap kami boleh beri tentangan buat mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI