fbpx

Fungsi Jawatankuasa Harmoni tingkat kefahaman kepelbagaian agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang terdiri daripada 10 wakil Islam dan 15 wakil bukan Islam bukanlah satu jawatankuasa baharu yang ditubuhkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ia bermula sejak 14 Ogos 2020 selepas penjenamaan semula daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA)

Jelas beliau, bilangan keanggotaan dan komposisi jawatankuasa tersebut iaitu seramai 10 wakil Islam dan 15 wakil bukan Islam juga adalah sama sejak Januari 2021.

“Fungsi jawatankuasa ini antaranya mencadangkan kepada kerajaan berhubung dengan pelaksanaan strategi yang bersesuaian dan berteraskan nilai-nilai murni keagamaan.

“Demi meningkatkan kefahaman dan keharmonian mengenai kepelbagaian agama dan melaksana secara bersama aktiviti-aktiviti kesedaran dan keharmonian antara penganut agama demi manfaat masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Sirajuddin berkata, Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran di media sosial yang cuba ditularkan berhubung jumlah keanggotaan Ahli Jawatankuasa Harmoni.

Kata beliau, Jakim menyeru semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mempolemikkan perkara tersebut untuk tujuan tertentu yang boleh membangkitkan kegelisahan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI