fbpx

DUN Selangor: Kos Sukma ke-22 dianggarkan RM250 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Najwan ketika menjawab soalan di sidang DUN Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor pada 2026 dianggarkan berjumlah RM250 juta.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, kos tersebut melibatkan pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan dan makan minum dan sistem teknologi.

“Anggaran jumlah peruntukan itu turut merangkumi kos sistem logistik, media dan promosi, protokol dan hadiah, kecemasan dan keselamatan, majlis pembukaan dan penutup, larian obor, (bayaran) sukarelawan dan infrastruktur lokasi pertandingan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri percaya akan ada penaja daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta akan turut bersama membantu pelaksanaan penganjuran temasya SUKMA 2026 di sebalik kos penganjuran yang tinggi ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) yang ingin mengetahui perbelanjaan bagi menganjurkan temasya sukan berkenaan.

Mohd. Najwan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menjelaskan, cabaran yang dihadapi kerajaan negeri adalah ketiadaan venue utama bagi penganjuran SUKMA tersebut.

Tambahan, katanya, ini dipengaruhi tempoh persediaan yang sangat singkat untuk menjadi tuan rumah iaitu dua tahun berbanding tempoh sebelum ini antara empat hingga enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI