fbpx

Kerja 5 jam, tahap pendidikan faktor elaun guru KAFA rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tahap pendidikan rendah dan tempoh masa bekerja pendek merupakan faktor elaun yang diterima guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) tidak tinggi.

Elaun guru KAFA di Selangor ketika ini RM1,500 yang dinaikkan bermula Januari 2023 berbanding RM1,350 sebulan sebelum ini.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, individu yang mahu menjadi guru KAFA perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Islam (STAM).

Katanya, ini berbeza dengan syarat kelayakan guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang perlu mempunyai Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Jadi, bila kita hendak bincang soal gaji guru KAFA, faktanya guru KAFA hanya mengajar lima jam sehari. Dalam lima jam sehari, ada guru KAFA mengajar hanya tiga jam sehari kerana mereka melakukan kerja lain di luar seperti imam, guru tuisyen dan sebagainya.

“Memang diakui gaji guru di KPM lebih tinggi daripada guru KAFA, namun mereka bekerja lapan jam sehari,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Terdahulu, Sallehen Mukhyi (PN-Sabak) mahu mengetahui sama ada kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor melebihi had gaji minimum.

Justeru, kata Mohammad Fahmi, kajian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pelaksanaan sebarang kenaikan elaun kepada guru-guru KAFA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI