fbpx

Diaspora jangan terperangkap dengan pemikiran lapuk – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyantuni diaspora Malaysia di Manama sempena lawatan ke Bahrain.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diaspora Malaysia di Manama, Bahrain memainkan peranan dalam menjaga imej negara di mata dunia.

Anwar berkata, beliau turut meminta mereka mencari kesempatan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan perubahan baru agar tidak terperangkap dengan pemikiran lapuk.

“Saya berkesempatan santuni diaspora Malaysia di Manama sekali gus dapat menerangkan pelbagai usaha serta ikhtiar Kerajaan Madani buat rakyat terbanyak.

‘Saya turut menjawab pelbagai pertanyaan antaranya soal penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manama, peluang pekerjaan, pelaburan dan kewangan Islam, termasuk isu politik tempatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau percaya pengalaman dan semangat luar biasa diaspora Malaysia di luar negara dapat digunakan untuk membangun sebuah negara Madani yang berjaya daripada segi ekonomi dengan budaya yang dinamik, berbilang kaum dan agama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI