fbpx

Dewan Rakyat: Projek mitigasi banjir dijangka siap setahun lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika sesi jawapan Lisan di Dewan Rakyat hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Projek mitigasi banjir yang dicadangkan di beberapa kawasan berisiko tinggi kepada bencana di seluruh negara dijangka siap 12 bulan lebih awal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika ini sedang meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek terbabit dengan tempoh dan kos yang lebih efektif.

“Cadangan yang diambil ialah semua urusan termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk akan diteliti semula untuk mempercepatkan tempoh projek.

“Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dijangka projek dapat disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal daripada tempoh asal penyiapan projek tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan, Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang ingin tahu perincian tindakan kementerian berhubung gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya projek berkaitan tebatan banjir disegerakan dan berapakah kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan memandangkan proses kelulusan projek ini pernah dibatalkan pada akhir tahun 2022 yang lalu.

Tambah Fadillah, sehingga Rolling Plan Kelima tahun 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam pelan pula sedang dibangunkan manakala tiga lagi dirancang untuk mula dibangunkan bermula Jun 2025.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Perbendaharaan memberikan kelonggaran supaya projek tebatan banjir dapat dipercepatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI