fbpx

Dewan Rakyat: Jual saham MAHB, KWSP untung RM63.48 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah ketika sesi MQT Menteri di Dewan Rakyat hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan keuntungan daripada penjualan beli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata saham MAHB dijual pada harga antara RM6.80 hingga RM7.70 seunit, sekali gus menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.

“KWSP telah berjaya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus bagi Simpanan Shariah. Secara keseluruhan, sejak tahun 2014, jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai nilai 650 juta ringgit.

“Prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus turut menjadi faktor utama strategi terbabit.

“Tuduhan KWSP mengalami kerugian daripada penjualan ini adalah tidak berasas, dan ini jelas ditolak oleh KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Februari lalu,” katanya pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (Voluntary General Offer,VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP.

KWSP mengamalkan proses tadbir urus yang tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai Chinese wall yang merupakan amalan piawaian standard di kalangan GLIC dan institusi kewangan. Di bawah protokol perintang maklumat, Jabatan Pelaburan Strategik (JPS) yang bertanggungjawab ke atas VGO MAHB ini adalah dilarang sama sekali daripada berkongsi maklumat sensitif dan bukan umum kepada Jabatan Ekuiti (IP).

“Protokol ini memastikan pemisahan maklumat agar tidak berlaku sebarang percanggahan kepentingan yang boleh membawa risiko berlakunya “insider trading” yang merupakan kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Protokol perintang maklumat tidak sewajarnya diperlekehkan kerana ianya merupakan langkah kawalan penting sebagai pertahanan terhadap “insider trading” seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 190, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI