fbpx

Davies muncul wira, balas budi Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIES meledak gol penyamaan Bayern di penghujung perlawanan sekali gus menang 3-2 secara agregat. - AFP

MUNICH – Bayern Munich menarik nafas lega apabila mengelak daripada menjadi mangsa kejutan selepas melakar kemenangan agregat 3-2 ke atas Celtic pada aksi playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan timbal balik di Allianz Arena itu, Bayern yang memiliki kelebihan 2-1 hasil kemenangan aksi pertama minggu lalu, melakukan kebangkitan dramatik untuk mengikat Celtic 1-1 hasil jaringan masa kecederaan oleh Alphonso Davies.

Davies mengakui puas menjadi wira pasukan dan berharap rakan-rakan dapat bangkit untuk mempamerkan aksi lebih berkualiti pada pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Bintang Kanada itu turut mahu semua pemain bersedia kerana bakal menentang pasukan lebih hebat sama ada Atletico Madrid atau Bayer Leverkusen yang akan ditentukan dalam undian malam esok.

“Kami menentang pasukan yang bagus seperti Celtic tetapi ini adalah pentas UCL. Tidak kira apa sahaja keputusan kerana yang penting kami mara ke pusingan seterusnya.

“Mengenai gol yang dijaringkan, saya bernasib baik apabila berada di kedudukan yang tepat dan dapat membantu pasukan menamatkan perlawanan lebih awal.

“Kini, kami tunggu sahaja undian kerana kedua-dua pasukan (Atletico dan Leverkusen) adalah sukar tetapi kami tidak akan mengalah,” katanya.

Bagaimanapun, Bayern terpaksa membayar harga mahal terhadap kejayaan itu selepas penyerang sensasinya, Harry Kane mengalami kecederaan sehingga menyaksikan ketua jurulatih, Vincent Kompany mengeluarkannya lebih awal.

“Saya perlu lakukan ujian imbasan dan tidak pasti sama ada boleh beraksi menentang Eintracht Frankfurt bagi saingan Bundesliga pada Ahad ini,” kata Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN