fbpx

Bakal jadi persembahan terbaik saya di sini – Rossa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diva Indonesia ini menjanjikan persembahan terbaik pada konsert Rossa Here I Am yang bakal berlangsung 14 Jun depan. 

MENGANGGAP Malaysia seperti rumah kedua, penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa mengakui konsert Rossa Here I Am di Axiata Arena, Bukit Jalil 14 Jun depan adalah persembahan terbesarnya di sini sepanjang dua dekad bergelar penyanyi.

Acara anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Inspire Production dan SAH Entertainment itu bakal melakar sebuah lagi sejarah dalam kamus kerjaya seninya sebagai penyanyi.

Hadiah buat peminat setia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani bakal menampilkan banyak kejutan dan persembahan istimewa pada malam tersebut.

“Sudah lama saya tidak muncul dengan konsert berskala besar di Malaysia. Kali terakhir, ketika mempromosikan album Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur dua tahun lalu.

“Pada konsert ini, saya bakal membawa konsep berbeza ditambah lokasinya juga sangat besar iaitu di Axiata Arena. 

Tiket konsert Rossa Here I Am kini boleh didapati menerusi  www.ticket.com

“Mengikut perancangan, saya akan bawa seorang penyanyi Indonesia dan akan ada juga beberapa penyanyi Malaysia bakal muncul di pentas, semua itu adalah kejutan istimewa,” katanya.

Pelantun lagu Pudar itu menambah, dia terharu melihat sambutan luar biasa dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik sepanjang tiga jam konsert berlangsung kelak.

“Insya-Allah akan menjadi konsert terbaik dan boleh dinikmati di Malaysia. Saya tak boleh buat konsert seperti ini setiap tahun, jadi pastinya saya melakukan persiapan terbaik.

“Saya akan mendendangkan lebih 27 buah lagu dengan pembahagian kepada enam segmen dance, galau dan soundtrack. 

“Kami juga akan menggunakan banyak teknologi baharu yang boleh dimanfaatkan bagi memeriahkan lagi acara,” katanya lagi.

Konsert Rossa Here I Am adalah susulan tayangan filem dokumentari, All Access to Rossa: 25 Shining Years dan akan diadakan di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, Axiata Arena dianggarkan memuatkan lebih kurang 11,000 penonton. 

“Sejarah perjalanan saya bersama Rossa sudah lama. Kami bermula dengan pelbagai konsert berskala besar di mana kami pernah mengadakan konsert di UiTM dan Istana Budaya.

“Rossa adalah penyanyi wanita Indonesia pertama yang tampil dalam konsert di Istana Budaya pada 2016.

“Seterusnya, kami ada buat konsert di hotel, KLCC dan kali ini, kemuncaknya di Axiata Arena. Kami menjanjikan persembahan lebih luar biasa, sebab itulah kami pilih Axiata Arena,” ujarnya.

Jualan tiket konsert Rossa Here I Am di Axiata Arena yang mula dijual sejak 14 Februari lalu boleh dibeli menerusi www.ticket.com.

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI